Thursday 13 October 2011

UBAH CARA HIDUP

Cekalkan Semangat Anda dan Kejayaan akan Dapat Dikecapi

Apakah yang anda paling takutkan? Ramai di antara kita cuba untuk melakukan perkara yang mudah dan yang paling kurang halangan kerana sesuai dengan keadaan kita. Perjalanan hidup kita dipenuhi dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Tujuannya ialah untuk membentuk diri kita yang sebenar. Kebanyakan orang terlepas peluang untuk berkembang dan menyerah kepada tekanan.

Berlian merupakan sesuatu yang sangat berharga dan datangnya daripada arang. Bagaimanakah berlian dibentuk? Berlian dibentuk dengan adanya tekanan. Tidak semua kepingan arang boleh menjadi berlian. Hanya arang yang dapat menahan tekanan yang dikenakan sahaja yang dapat menghasilkan batu yang berharga ini. Anda perlu menjadi seperti berlian. Kebanyakan orang melihat faktor luaran sebagai kegagalan mereka dalam hidup. Untuk menjadi diri anda yang sebenar, anda perlu menghadapi tekanan dengan cekal dan tabah dan hasilnya anda dapat menjadi seperti berlian. 

Sebuah sajak ada menyatakan "Perkara yang paling kita takutkan bukanlah kekurangan kita tetapi kekuatan kita yang tidak dapat diukur, apa yang kita takutkan ialah apa yang dapat kita lihat, bukan yang tidak dapat dilihat...". Sewaktu kita muda, kita mempunyai impian dan matlamat yang tidak kita pedulikan kerana kebanyakan orang tidak yakin yang mereka akan berusaha untuk mencapai impian tersebut. Hakikatnya, kebanyakan orang hanya menerima apa yang ada dalam hidup berbanding dengan mengejar hak mereka yang sebenar.

Anda mempunyai hak untuk mendapatkan keamanan, kebahagiaan dan kejayaan. Kita telah dijanjikan dengan semua ini tetapi kita tidak menggunakan sepenuhnya. Kenapa? Kerana kebanyakan daripada kita berputus asa apabila melalui masa-masa yang sukar. 

Jangan lihat cabaran sebagai titik anda berputus asa. Lihat cabaran sebagai satu peluang untuk anda mencipta sesuatu yang berharga di dalam diri anda. Anda boleh menjadikan diri anda seorang yang hebat. Jangan berputus asa disebabkan keadaan. Anda tidak akan dapat berkembang tanpa usaha yang gigih.


0 comments:

Post a Comment