Thursday 8 September 2011

BERUBAH @ BERTAHAN??

Selamat Hari Raya kepada semua, mudah - mudahan hari raya di sambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Bulan ini masih lagi bulan raya, dan open house sana-sini masih dijalankan walaupun kebanyakan dari kita sudah mula bekerja. Bila tengah mengadap komputer masa rehat td terfikir pulak konsep untuk menstabilkan kewangan keluarga, yelah bila raya ada terSAKAN jg.. hehehe

So mcmana nak menstabilkan kewangan... Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:
                                 * Tambahkan simpanan (berjimat)
                                 * Tambahkan pendapatan


Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai “Solusi 60%” boleh digunakan.
Solusi 60% bermaksud:
1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya.
2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am

Selepas raya, sekiranya terdapat masalah yang sering dialami seperti penggunaan kad kredit meningkat, maka, perlu dilakukan simpanan kecemasan. Iaitu, masih menggunakan formula di atas, tetapi, ubahkan (3) & (4) iaitu simpanan jangka pendek dan simpanan hari tua kepada pembayaran kad kredit buat sementara waktu, Dengan menggunakan solusi 60% ini, ia menjadi satu panduan untuk kita tambahkan simpanan kita dan kurangkan perbelanjaan secara terancang.

"Sekiranya tiada ruang untuk kita menggunakan Solusi 60%, dan tiada ruang untuk kita menambahkan simpanan kita, maka, pilihan seterusnya adalah menambahkan pendapatan kita."

Kita memerlukan disiplin untuk melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Kita perlu mempelajari selok belok kewangan, perniagaan, ataupun apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Kita perlu menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dengan cara menambahkan ilmu. Kita perlu disiplinkan diri anda untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat, dan kerja lebih lewat untuk menjadi kaya. Kejayaan kewangan amat sukar untuk dicapai sekiranya kita hanya menumpukan pada waktu kerja 8 jam sehari. Ingin menambahkan pendapatan, salah satu pilihan adalah memulakan biz dari rumah. Jom sama - sama kita melangkah ke dunia baru..