Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts

Tuesday, 13 December 2011

NEKAD DAN USAHA

Dalam perniagaan perlukah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?
Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!
Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah "keberanian". Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. It's not about being brave, it's about just doing it!


Usahawan tak takut gagal? 100% positif.... sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DI MANA strategi "back-up" juga disediakan... bak kata lain, Plan-B.

Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not... sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga.
Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It! Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja.
Tolak ketepi rasa RAGU - RAGU dan mulakan TINDAKAN. JOM kita bersama - sama menjadi USAHAWAN YANG BERJAYA 0123508216

BANGKIT UNTUK LEBIH BERJAYA

KEGAGALAN... FRUSTNYA! (Oleh: Irfan Khairi)

  • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal... atau perniagaan ke empat... ke lima... ke enam... dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti

  • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana "takut". Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana... cuma dari pengalaman!

  • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.
  • Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, "Why do we fall?", dan jawapan yang dia dapat adalah "Because we can learn to pick ourselves up again!"

So, don't worry. Be happy... tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagaimana kita bangun selepas kegagalan. Mari kita sama - sama mengorak langkah untuk maju dalam biznes nie.. call Nissa untuk merancang strategik 0123508216



KEBEBASAN KEWANGAN

APAKAH ERTINYA BEBAS KEWANGAN
 
Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewangan... atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je).

Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.
  • Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
  • Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
  • Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan
Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!
 
thanks to IRFAN KHAIRI
 

Monday, 7 November 2011

PEMBAKAR SEMANGAT - HAMBAMU

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu  
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Monday, 3 October 2011

azam baru, usia btambah

dah lama x m'update blog nie.. almaklumlah bz ngan anak kecik, proposal yg btimbun n mcm - mcm keje ngan anak2. ditmbah ngan projek biz yg kena kuat n gigih berusaha...
diam x diam 2/10 lepas, genaplah umurku 32 tahun (WHATS!!!) xpelah angka jer yg penting kesihatan n keadaan fizikal n mental kena stabil.. (nak MAINTAIN tu yg pakai PB). azam dah bumur nie apa ye :

1. nak tmbh pdapatan
2. nak tmbh simpanan utk anak2
3. nak keje kuat coz nak kete baru
4. nak keje kuat tmbhkn biznes nak follow my leader http://www.shakhalid.com/
5. nak tmbhkn amalan usia dah mningkat nie
(semua azam nie x prnh padam tp terus mbara)

so 2/10 yg lps hubby n anak2 bwk umie die mkn2 kat SECRECT RECIPE RAWANG, hubby kata mknlah apa yg diingini tp anakku firas lg bz siap oder 3 keping kek uolssss. hehehe :)  mknlah nak.. abi yg bayar... apapun aku bersyukur dkurniakan famili yg mmahami n mampu utk sama2 btahan mharungi badai kehidupan.. terima kasih hubby, firas n farish sbb bsabar n bsama umie slama ini.. jom layan gambar bsama mrk yg tsayang..






Tuesday, 24 May 2011

BERISTIREHAT...

dah lama x mengupdate blog nie disebabkan peristiwa yang tidak dapat dielakkan berlaku pada 15/6 lepas.
tulah malang tidak berbau.. kandungan dah 34 minggu bolehlah pulak tergelincir kat rumah johor. puncanya lantai licin kat ruang tamu.. sebenarnya jatuh kali nie dah masuk kali ke 3 tapi aku buat x tahu sebab rasa ok je.. tetiba iasnin malam satu badan jd krem x blh bangun, mengiring.. apalagi nangis kesakitan  n Mr Hubby yang kelam kabut buat semua. nak ke klinik selasa tu wesak jd postpone ke hari rabu..
rabu pegi klinik doktor lak xde n aku terus blk rawang.. esoknya pegi klinik tp telah dirujuk ke pakar sg. buloh sebab nie dah kali ke 3 n takut ada komplikasi pada baby.. akhirnya.. kena tahan n bercuti kat wad sampai hari isnin..
sedih.. doktor x bg buat keje @ tlalu aktif. hari nie dah masuk 35 minggu lagi seminggu lebih cukuplah baby 9 bulan. aku tetap kena pegi keje tapi biasalah kena rujuk doktor klu ada yg x kena..  klulah keje kerajaan aku orang ptama mintak cuti rehat lagi.. mcm2 simptom n dugaan Allah berikan untuk menguji keimanan kita… harap aku dan anak selamat hingga saat melahirkan

Wednesday, 6 April 2011

SEMANGAT BARU UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK...


“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.